FANDOM


Bleach merupakan sebuah siri manga Jepun, ditulis dan dilukis oleh Tite Kubo, yang telah muncul dalam majalah Weekly Shonen Jump sejak bulan Ogos 2001.

Bleach menceritakan pengalaman yang dilalui oleh Kurosaki Ichigo, seorang pelajar sekolah menengah yang berkebolehan melihat hantu, dan Kuchiki Rukia, seorang shinigami (boleh diterjemah secara literal sebagai "dewa maut"). Bahagian awal kisah Bleach bertumpu khas buat watak-wataknya. Apabila kejadian demi kejadian berlalu, dunia disebalik alam dewa-dewa maut ini dibuka dan dijelaskan dengan lebih mendalam.

Siri manga Bleach telah diadaptasikan menjadi sebuah siri animasi TV, dua buah OVA, tiga buah filem, sebuah muzik "rock", beberapa judul permainan video dan sebuah permainan koleksi kad. Jualan jilid-jilid kompilasi manga Bleach telah mencecah lebih 40 juta unit di Jepun, dan telah mencapai jualan tertinggi di carta jualan manga di Amerika Syarikat. Siri manga ini telah memenangi Shogakukan Manga Award untuk genre shōnen pada tahun 2005,[1] dan siri animasinya telah dicalonkan untuk beberapa anugerah American Anime Awards.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak