FANDOM


250px-Las Noches.png

Las Noches

Las Noches (???bermaksud Malam dalam Bahasa Sepanyol??)ialah sebuah kubu yang terletak di Hueco Mundo dan merupakan tapak operasi serta tempat tinggal Sosuke Aizen,Gin Ichimaru dan Kaname Tosen setelah pembelotan mereka kepada Soul Society.Mereka tinggal di sini bersama para Arrancar mereka termasuk para Espada.

Las Noches ialah sebuah bangunan yang sangat besar di Hueco Mundo.Malah,ia dikatakan antara bangunan yang terbesar di dalam dunia Bleach,dikatakan sama besar (jika tidak melebihi) keluasan Seireitei di Soul Society.Las Noches merangkumi sebuah bangunan utama yang berkubah,di mana terdapat 6 menara kecil di atasnya yang dikatakan mengandungi kawasan seperti bilik perjumpaan Espada.Bilik di mana Orihime Inoue dikurung pula mengandungi apa yang kelihatan seperti sebuah sejadah gergasi yang digunakan oleh orang Islam untuk solat.Keseluruhan Las Noches berwarna putih.

Ruangan dalam kubah Las Noches pula menyerupai langit dunia manusia dan Soul Society,yang mana didakwa oleh Aaroniero Arruruerie membolehkan Aizen melihat keadaan di semua tempat.Namun,Rukia Kuchiki mengesyaki ini satu penipuan.Kedudukan bilik di Las Noches juga boleh dialihkan,membolehkan orang yang mengawal pergerakan tersebut mengesan pergerakan penceroboh.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak