FANDOM


250px-Huecomundoopening.JPG

Hueco Mundo

Hueco Mundo (Ueko Mundo bermaksud Dunia Kosong (Hollow) dalam Bahasa Sepanyol)adalah dimensi tempat kediaman Hollow dan Arrancar dalam manga dan anime Bleach.

Kedudukan Sunting

Hueco Mundo terletak di antara dunia manusia dan Soul Society,namun ia adalah berbeza daripada dimensi sempadan yang dikenali sebagai Dangai.Ia cuma boleh dimasuki dengan mengoyakkan fabrik dimensi yang memisahkan antara dunia-dunia.Cara yang sama juga digunakan oleh Hollow untuk pergi ke dunia yang lain,namun dengan sedikit perbezaan.Hollow biasa kebiasannya muncul daripada kepulan asap atau pusaran hitam yang kecil manakala Hollow yang bertahap Menos 'mengoyakkan'langit untuk muncul di dunia manusia.Arrancar pula menggunakan teknik yang dikenali sebagai Garganta.


Landskap Sunting

Hueco Mundo kelihatan seperti sebuah pasir putih yang tandus ditaburi dengan sejenis quartz berbentuk seperti pokok dan ranting,manakala bulan di sini adalah bertentangan dengan fasa Bulan di dunia manusia.Seperti di alam roh,atmosfera di sini dipenuhi dengan tenaga roh dalam bentuk Spiritron namun lebih pekat membolehkan Hollow yang kecil mendapat makanan walaupun tidak memakan sebarang roh.

Hollow biasanya tinggal di bawah permukaan tanah dan tidak akan keluar kecuali ada sesuatu yang menarik perhatian mereka seperti pencerobohan makhluk luar dan sebagainya.Dalam anime,Hollow boleh menarik roh lain ke dalam Hueco Mundo seperti apa yang berlaku kepada abang Orihime Inoue,Sora.Beliau dipaksa menjadi Hollow dan dihantar menentang Ichigo Kurosaki.

Masa juga tampak berjalan dengan lebih cepat di Hueco Mundo kerana sebahagian Arrancar yang dihasilkan selepas Aizen mencuri Hougyoku dari Soul Society mendakwa mereka telah hidup bertahun lamanya padahal Aizen mencuri Hougyoku tersebut baru setahun lepas.

Hueco Mundo juga ialah tempat terletaknya Las Noches,tempat tinggal Aizen dan Arrancarnya di mana tempat tersebut dapat dilihat berbatu-batu jauhnya di Hueco Mundo kerana ia adalah bangunan terbesar di dunia Bleach.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak